19 Februari 2017 - 16:36
Beijing Diminta Desak Pyongyang Untuk Kembali Ke Meja Rundingan

Washington menggesa Beijing terus memberi tekanan terhadap Korea Utara untuk kembali ke meja rundingan yang bertujuan mencegah Pyongyang memajukan program senjatanya yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Washington menggesa Beijing terus memberi tekanan terhadap Korea Utara untuk kembali ke meja rundingan yang bertujuan mencegah Pyongyang memajukan program senjatanya yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian Perdagangan China semalam berkata, pihaknya mungkin menggantung semua import batu arang dari Korea Utara, bermula hari ini.

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada usaha Beijing untuk melaksanakan sekatan antarabangsa terhadap negara itu.
Pada awal bulan ini, Pyongyang melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana, cabaran secara langsung pertamanya terhadap masyarakat dunia sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengambil alih jawatan pada 20 Januari lalu.

Pentadbiran Trump berkata, China perlu melakukan lebih banyak tekanan terhadap Pyongyang.

"Semua negara perlu melaksanakan sepenuhnya dan secara telus semua resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan dengan Korea Utara," kata jurucakap Jabatan Negara. - REUTERS